Thursday 21 April 2016

Mesyuarat Kecil AJK Alumni SK Tasek Gelugor - 20.4.2016

20 April 2016 - Assalamualaikum WBTH dan salam sejahtera diucapkan buat semua pembaca setia blog Persatuan Alumni SKTG. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT selesai sudah mesyuarat kecil AJK Alumni SKTG yang bertempat di Restoran Tom Yam Kubang Menerong.

Seperti biasa, pelbagai isu-isu berbangkit dan hangat telah diutarakan dan dibincangkan. Antaranya ialah:-

1. Program Jaya Waris - 23/4/3016
- Program ini telah disasarkan kepada seramai 150 orang waris @ ibubapa kepada pelajar-pelajar yang lemah.

- Program adalah bertujuan untuk memberi motivasi kepada ibubapa bagaimana pentingnya pelajaran untuk anak-anak dan bagaimana cara untuk menarik perhatian anak untuk belajar dirumah. Sesuai dengan saranan KPM "Long Life Learning"

- Mesyuarat dimaklumkan bahawa sesiapa yang berhasrat untuk membuat sumbangan berupa barang-barang keperluan sangatlah dialu-alukan. Segala sumbangan akan disalurkan melalui penceramah motivasi dan akan diagih-agihkan kepada fakir miskin.

- Mesyuarat telah bersetuju untuk memberikan cenderahati kepada penceramah motivasi sebagai tanda penghargaan.

- Memandangkan Program Jaya Waris ini adalah salah satu program sekolah, mesyuarat memohon kepada pihak sekolah untuk mengeluarkan satu surat jemputan kepada pihak Alumni untuk program ini dan surat akan difailkan untuk rujukan masa akan datang.

- Mesyuarat akan membuat satu "Post Moterm" selepas program ini dan akan dipersembahkan kepada Tuan Guru Besar.

- Mesyuarat telah memberi cadangan kepada pihak guru-guru sekolah untuk membuat "follow up call" kepada semua 150 jemputan untuk memastikan peratus kehadiran program ini tidak mengecewakan.

- Mesyuarat telah mengarahkan kepada semua AJK Alumni SKTG untuk memakai T-SHIRT ALUMNI pada setiap program yang diadakan.

2. Program Jamuan Hari Raya - 9/7/2016
- Mesyuarat telah bersetuju untuk menjemput seramai 10 orang bekas guru yang pernah mengajar di SKTG bagi memenuhi permintaan Tuan Guru Besar.

- Mesyuarat juga telah bersetuju untuk menyumbangkan sebuah "banner" untuk majlis ini nanti.

3. Program Kem Motivasi Pelajar
- Mesyuarat telah dimaklumkan tentang status perancangan program Kem Motivasi Pelajar dan ianya masih lagi dalam peringkat menanti kertas kerja disiapkan oleh Pengarah Projek.

- Sasaran utama projek ini adalah pelajar-pelajar Tahun 4 & 5 yang lemah di kelas-kelas belakang.

- Mesyuarat ditekankan tentang "Misi 4K"

4. Koperasi Ukhwah Alumni SK Tasek Gelugor Seberang Perai Pulau Pinang Berhad (KUAT BERHAD)
- Perancangan untuk menubuhkan KUAT BHD telahpun dipersetujui dalam mesyuarat.

- Mesyuarat akan berusaha untuk membentangkan kertas cadangan penubuhan koperasi ini pada jamuan hari raya yang akan datang.

- Satu senarai nama bakal-bakal ahli mesyuarat yang berpotensi untuk hadir akan dikeluarkan tidak lama lagi.

- Mesyuarat dimaklumkan bahawa cadangan untuk menubuhkan koperasi ini adalah sangat berpotensi dan berdaya maju.

5. Program "Share Best Practise"
- Mesyuarat masih lagi menunggu maklumbalas dari Pengarah Projek Share Best Practise ini.

- Mesyuarat telah dimaklumkan tentang betapa pentingnya program ini demi untuk mencapai Target Misi 4K suatu masa nanti.

6. Program-Program Lain
- Mesyuarat menyatakan bahawa pihak Alumni SKTG akan cuba sedaya upaya untuk merancang apa sahaja program pengisian setiap bulan. InsyaAllah.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada tarikh 20/4/2016 jam 11.00 malam.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment