Kejohanan Bowling Kali Pertama Anjuran Persatuan Alumni SKTG Di Sejati Superbowl, SP
26 Mac 2016 - Persatuan Alumni SKTG
telah berjaya menganjurkan satu acara sukan iaitu Kejohanan Bowling Tahunan
Pertama yang telah pun berlangsung pada 26 Mac 2016 yang lalu. Dengan
penyertaan seramai lebih kurang 44 orang peserta dari kalangan ahli-ahli Alumni
SKTG, ibu bapa, guru, kakitangan sekolah dan juga pelajar-pelajar
SKTG. Juara tempat pertama lelaki telah di menangi oleh Saudara Maad (Abg
DJ) dari SKTG Batch 85, manakala juara tempat pertama perempuan pula telah
dimenangi oleh saudara Siti Rahayu Abdullah (Ayu) salah seorang daripada
kakitangan yang berkhidmat dengan SKTG. Walaubagaimanapun, Piala Pusingan telah
berjaya dirangkul oleh Abg DJ kita yakni Saudara Maad. Tahniah kepada
semua pemenang pada hari tersebut. Harapan kami agar kalian semua akan
terus memberi sokongan padu kepada pihak Alumni SKTG bagi menjayakan setiap
program yang bakal dianjurkan. Insyaallah akan ada banyak lagi aktiviti yang
akan melibatkan guru-guru, pelajar, ibu bapa dan kakitangan SKTG. - "Alumni SKTG For All"
No comments:
Post a Comment